Friday, March 27, 2009

Pemuda UMNO restui rasuah- Mahathir


KUALA LUMPUR, 28 Mac - "Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah."

Demikian luahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam nukilan peribadinya di blognya semalam.

"Ramai kenalan saya yang fikir saya tidak hadir pembukaan mesyuarat Perhimpunan Agung Umno kerana anak saya Mukhriz kalah pertandingan Ketua Pemuda.Memanglah saya terasa sedih kerananya.

"Tetapi sebab yang sebenar saya tidak hadir ialah oleh kerana Pemuda Umno secara langsung dan terbuka merestui politik rasuah,"jelasnya.

Menurutnya, perwakilan pemuda memilih ketua mereka seorang yang telah didapati bersalah menggunakan wang dan sogokan dalam usahanya untuk dipilih sebagai Ketua Pemuda.

"Sama ada dia dibenar bertanding atau tidak, tidak menidakkan dianya adalah perasuah.

"Hukuman yang dijatuhkan kepada orang ini tidak setimpal dan adil kerana orang lain yang didapati bersalah sama sepertinya tidak dibenar bertanding,"katanya.

Beliau juga menyindir, betapa tidak pernah terjadi orang yang dikenali dan diakui umum sebagai perasuah oleh Lembaga Disiplin, oleh parti dan oleh orang ramai dipilih dan dijunjung tinggi sebagai ketua.

"Tetapi inilah yang dilakukan oleh Pemuda Umno yang dahulu terkenal sebagai barisan hadapan dalam perjuangan Umno,"ulasnya secara sinis.

Tambahnya, Pemuda Umno telah merosakkan imej Umno dan imej orang Melayu sendiri.

"Rupa-rupanya duit lebih utama daripada bangsa dan negara. Apakah rakyat akan terima dipimpin oleh tokoh rasuah yang terkenal? Perbuatan merestui rasuah adalah satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia,"tegasnya.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan mengenai proses pengiraan undi yang tidak masuk akal.

"Juga saya hairan kenapa untuk mengira hanya 790 undi mengambil masa lebih dari enam jam?

"Apakah pengira undi tidak tahu kira? Atau apakah sesuatu sudah diusahakan untuk menjayakan menantu Perdana Menteri. Ini menjadi soalan bukan daripada saya seorang tetapi oleh semua orang ramai.

"Tak usahlah Perdana Menteri bercakap berkenaan dengan menolak rasuah kerana menantu yang perasuah diberi keistimewaan luar biasa,"jelasnya lagi.

Dan katanya, "inilah sebab-sebabnya saya tidak hadir. Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah." - mks. _

Wednesday, March 18, 2009

KETUA PEMUDA UMNO MARAN DIGANTUNG 3 TAHUN



Semalam umno dikejutkan lagi dengan penggantungan beberapa ahli oleh lembaga disiplin parti. bagi pemuda pas maran ia bukanlah satu kejutan kerana rasuah dan umno sudah menjadi seperti KENTUT dan TAHI yang tidak boleh dipisahkan samasekali.

Cuma kali ini maran juga terlibat dengan ketua pemudanya digantung 3 tahun, tetapi ayah kepada beliau yg juga AJK umno bahagian dibebaskan dari sebarang tindakan. Kami pemuda pas mengharapkan penduduk maran khususnya dapat menilai perjuangan manakah yang telus dan jujur dan tidak ditipu sekali lagi dalam pru ke 13 nanti.

Nama-nama mereka yang dikenakan tindakan itu ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran iaitu Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas. Ahli UMNO dan Ahli Parlimen Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail (foto) yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Najib Razak (1986-1994) pula digantung keahliannya selama setahun. Manakala tiga lagi yang juga bersalah tetapi hanya diberi amaran ialah Timbalan Ketua UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Sungai Lembing iaitu Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, AJK UMNO bahagian Paya Besar yang juga ADUN Panching iaitu Mohd Zaili Besar dan Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar yang juga merupakan ADUN Lepar iaitu Mohd Sohaimi Jusoh. Sesungguhnya ini adalah merupakan sejarah paling pahit untuk dikenang buat UMNO Pahang sebenarnya. Biarpun ada yang diberi amaran dan sebagainya, namun ternyata dan terbukti bahawa mereka sebenarnya memang terlibat dengan rasuah dan tidak layak untuk bergelar Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang lagi sebenarnya. Mereka menghampakan harapan rakyat yang memilih mereka dulu. Apakah kita mahu terus bersekongkol dengan pemimpin yang ternyata pengamal rasuah yang ditegah oleh agama Islam.

Secara pribadi seorang sahabat menceritakan kepada saya bahawa Mohamad Najuib Mohamad Shahaimi ni dulunya pernah memondok di Pondok Pasir Tumbuh diawal tahun 90an. Ketika disitu beliau pernah mendapat didikan untuk mengenali PAS melalui usrah dan ceramah-ceramah.Beliau secara peribadi dididik disitu bersama sahabat-sahabat yang kini sangat aktif dengan PAS dan ahli aktif pas seperti Ustaz Ramli Abdul Rahman Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Maran, Ustaz Sulaiman Mohamad YDP Pas Bera, Ustaz Abdul Nasir Ismail Bendahari Pemuda Pas Bera, Ustaz Zaki Hashim, Ustaz Mohd Suadi saad, Ustaz Mohd Redha dll. Dulu dia pernah mengakui ayahnya orang kuat UMNO maran tetapi beliau amat tertarik dengan gaya Tok Guru Nik Aziz...Tup-tup sedar tak sedar rupanya dia dah jadi Ketua Pemuda UMNO maran...

Saya rasa dia dah terlalu jauh dan lupa didikan dipondok dan teman2nya disana.Suasana dan masa yang telah begitu lama ditinggalkan menyebabakan dia telah begitu jauh berubah....sehingga berita ini mengaibkan beliau selaku seorang bekas pelajar pondokkkkk....Insaflah Najuib....

Sunday, March 8, 2009

SEKITAR DEMO ANTI PPSMI














Sasterawan Negara Dato'A.Samad Said dizalimi, pencinta bahasa dizalimi, rakyat dizalimi. Lihat saudara2ku UMNO hanya faham bahsa Demontrasi...Hari ini barulah diumumkan oleh Pak Lah Tido "selesaikan isu PPSMI...Tolaklah BN, sipengkhianat Bahasa.. Kws Masjid Negara turut diserang oleh anjing2 BN..

Friday, March 6, 2009

Oh...Orang UMNO Pekan dan Pahang...Insaflah


Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini (5 Mac 09), Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.