Monday, April 27, 2009

MUKTAMAR DPPNP KALI KE 27



Dengan penuh hormat, saya menjemput semua sahabat-sahabat pemuda PAS negeri Pahang sama ada sebagai perwakilan dan pemerhati untuk sama-sama memeriahkan muktamar DPPNP kali ke 27.

Marilah sama-sama kita jadikan Muktamar DPPNP ini sebagai medan untuk merapatkan ukhuwwah, mengambil maklumat dari pimpinan, muhasabah kerja yang lalu, merancang gerak ke hadapan.

Al Fadhil Ustaz Suhaimi saat
KP DPPNP

Monday, April 20, 2009

Masalah Air Di Kawasan Felda Makin Parah



MARAN - Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Pekalan Air Negeri (JBA) diseru dan diharap dapat menyelesaikan masalah air yang sudah lebih 30 tahun membelenggu masyarakat Felda di seluruh negeri ini. Mengikut maklumat yang diterima, masalah air itu kini dilihat semakin parah apabila semakin banyak penempatan dan pembangunan baru dilaksanakan sekitar kawasan terbabit. Isu ini pernah didedahkan oleh TV3 beberapa tahun yang lalu. Namun jawapannya tetap sama "kos baik pulih tinggi","kerajaan tidak berduit" serta macam-macam lagi alasan yang sudah tidak terdaya lagi untuk diterima oleh masyarakat kawasan Felda di negeri ini. Tinjauan kami mendapati kawasan penempatan Felda yang paling serius dan "parah" menghadapi masalah ini ialah Gugusan Wilayah Mempaga dan Gugusan Wilayah Jengka. Malah keadaaan semakin kronik setiap kali musim perayaan serta kenduri kendara. Kami cuba menjalankan siasatan perkara ini di sekitar kawasan Felda Jengka 6 dan Jengka 7 baru-baru ini. Ternyata masalah air ini sudah sebati dan mereka sendiri sudah tidak mampun lagi untuk percaya kepada janji-janji kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bagi menyelesaikan masalah tersebut. Anehnya, setiap kali musim pilihanraya mereka tetap memangkah "dacing". Inilah yang memusykilkan kami sebenarnya. Sikap "benci tapi mahu" ini wajar dikikis dari minda rakyat sebenarnya. Exco Kerajaan Negeri Pahang yang bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat peneroka Felda iaitu Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) diseru mengambil perhatian dan tindakan perkara ini. Jangann sekadar berjanji manis dengan peneroka setiap kali musim pilihanraya semata-mata untuk membeli undi. Ingatlah, negeri Pahang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Jika tiada peruntukan, pinjam dari kerajaan pusat. Lainlah negeri ini ditadbir oleh pembangkang. Bahkan, kami juga difahamkan Felda sendiri mempunyai banyak peruntukan dan dana jika mereka benar-benar mahu membantu rakyat. Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa membela rakyat inilah yang menyebabkan masalah ini terus berlarutan.

[Justeru itu, tanpa alasan lagi rakyat Pahang terutamannya warga Felda diseru memberi amaran kepada pihak terbabit kali ini. Jika mahu undi mereka, masalah air ini harus diatasi dengan segera. Kami tahu kos pembinaan agak tinggi, namun ia boleh dilakukan mengikut fasa-fasa tertentu. Jika Pahang boleh menjual air ke Selangor, kenapa tidak rakyat Pahang dibela dulu daripada terus menanggung derita dengan masalah air ini. Loji air yang tidak mampu beroperasi dengan baik serta saluran paip jenis lama yang sudah berkarat dipercayai menjadi faktor utama permasalahan ini terus berlarutan hingga kini].

Kakitangan Kontrak Di Arahkan Letak Jawatan


KUANTAN - Pihak kami amat bersimpati dengan satu isu panas yang sedang diperkatakan oleh ramai kakitangan Kerajaan Negeri Pahang sekarang ini. Nampaknya, selepas ini ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan kontrak di Wisma Sri Pahang dekat sini bakal diarahkan berhenti secara terhormat. Ini berikutan pihak kerajaan negeri sudah tidak mampu lagi untuk membuat bayaran gaji serta elaun mereka berikutan kantung kerajaan yang semakin tipis. Susulan itu, mereka diarahkan supaya meletakkan jawatan bagi mengelakkan kerajaan negeri terpaksa memanggung ganti rugi. Ini menyebabkan ramai kakitangan kontrak yang sudah berkhidmat lebih 15 tahun amat terharu dan kecewa dengan tindakan tersebut. Pihak kami akan menjalankan penyiasan tentang kes ini untuk didedahkan secara lebih terperinci lagi selepas ini. Justeru itu kerajaan negeri diharap dapat menyelesaikan masalah rakyat ini untuk kebaikan bersama. Kakitangan kerajaan yang sudah bekerja kontrak lebih 15 tahun adalah aset besar kepada negeri ini. Jika perkhidmatann mereka ditamatkan, apakah akan terjadi kepada masa depan mereka kelak. Satu pendekatan yang lebih realistik harus diambil bai menyelesaikan kemelut yang melanda ini hendaknya. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) diharap dapat mengambil tindakan atas perkara ini. Jika tidak ditangani dengan betul isu ini, sudah pasti semua mereka akan bertindak menyokong dan berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang

Sunday, April 19, 2009

Selesainya Muktamar DPP Maran kali ke 27


Alhamdulillah, telah selesainya Muktamar DPP Maran kali ke 27 pada hari semalam (ahad) bersamaan 19/04/2009.

Muktamar bermula jam 9.30 pagi dengan dirasmikan oleh Saudara Hasanuddin Bin Salim Setiausaha DPP Negeri Pahang. Pada mulanya Perasminya ialah Al Fadhil Ustaz Fadhli Bin Ibrahim KP Jerantut, tetapi disaat-saat akhir beliau tidak dapat hadir dan digantikan dengan Saudara Hasanuddin Bin Salim. Alhamdulliah ucapan yang disampaikan amat bernas sekali.

Muktamar kali ini menyaksikan pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2009-2011.Menariknya pada kali ini adanya pertandingan Ketua DPPM diantara penyandangnya AlFadhil Ustaz Abd Rahman Bin Abd Aziz dengan Al Fadhil Ustaz Khairul Azmi Al Hafiz,bekas ketua penerangan yang lalu (gambar).Didalam pertandingan ini Ustaz Khairul Azmi dipilih sebagai ketua Pemuda DPP Maran 2009-2011 yang baru.

Naib Ketua juga telah berganti baru dengan dipilihnya saudara Iswardi Ismail yang menggantikan Ustaz Khairul Hazam. Lapan Ahli jawatankuasa yang lain yang dipilih adalah kebanyakannya ahli jawatankuasa yang lama.

Para perwakilan juga hebat didalam membahaskan usul-usul yang telah dikemukan.Difahamkan kehadiran peserta muktamar pada hari itu lebih kurang 75 orang dengan 68 orang perwakilan.

Muktamar selesai pada jam 2.00 petang. Terima Kasih kepada yang menjayakan Muktamar DPPM kali ke 27.

Fahamkah kita makna Unity Goverment...



Marang – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menarik balik cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan (unity government) yang beliau tawarkan kepada rakyat Malaysia beberapa bulan sebelum ini.

Beliau berkata ia kerana masih ramai yang tidak faham tentang konsep kerajaan perpaduan yang cuba diketengahkan oleh beliau.“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.

Katanya didalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada kerajaan perpaduan, kerajaan campuran, kerajaan ‘fron-national’ sebagaimana kerajaan Barisan nasional di Malaysia.“Di Malaysia adalah kerajaan ‘front-national’ yang ada pembangkang, manakala kerajaan campuran ialah kerajaan yang (bercampur) antara satu parti (dengan parti),“diajak parti lain untuk memerintah dengan syarat2 yang dibuat biasanya terikat dengan syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan yang dibuat,”jelasnya.

Katanya kerajaan perpaduan adalah satu konsep yang berbeza kerana ia bukan berbentuk ‘front-national’ dan bukan dalam bentuk kerajaan campuran.Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik duduk dalam kerajaan tanpa ‘pembangkang’.“semua parti ada syakhsiah ada identiti (dan) ada kepribadian sendiri, dan berhak untuk membangkang,“dimana kerajaan perpaduan ini membolehkan orang dalam UMNO sendiri membangkang kerajaan, membangkang partinya sendiri,” katanya yang menambah, kerajaan perpaduan akan memecahkan tradisi yang dibuat oleh UMNO.Orang UMNO pada hari ini, katanya, tidak boleh membangkang partinya sendiri dan sekiranya seseorang membangkang, mereka boleh dipecat.

Katanya dalam masa yang sama perubahan mesti berlaku dalam kerajaan perpaduan yang memberikan keadilan kepada semua rakyat.“Mestilah berlaku perubahan yang adil untuk semua rakyat termasuklah Sutruhanjaya Pilihanraya, badan kehakiman dan pentadbiran negara, konsepnya mesti berubah bukan apa yang ada pada hari ini, “sebagai contoh apa yang ada di Indonesia, kerajaan perpaduan di sana berlaku pemisahan kuasa diantara badan PEMILU (SPR) dengan badan politik, “pemisahan kuasa dalam badan kehakiman sehingga badan kehakiman Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah,”terangnya lagi.

Katanya kerajaan perpaduan juga boleh menyeret Perdana Menteri dan menteri-menteri ke mahkamah sebagaimana yang berlaku di Israel, sebagai contoh Perdana Menteri Israel boleh disiasat dan dibawa kmahkamah.Katanya dalam Pilihanraya di Indonesia adalah pilihanraya yang berubah dimana bukan hanya kerajaan yang memerintah mempunyai hak menggunakan kemudahan TV untuk berkempen, bahkan semua parti politik boleh menggunakannya dan rakyat mempunyai kebebasan.

Menurutnya cadangan beliau menubuhkan kerajaan perpaduan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah mendapat persetujuan daripada komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.“Mereka bersetuju, DAP menyertai beberapa usaha yang dilakukan

tetapi oleh kerana orang UMNO sendiri takut untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin mereka takut kerana ada orang yang akan dibicarakan dimahkamah, Oleh itu, katanya, beliau menarik balik cadangan beliau berkaitan penubuhan kerajaan perpaduan, namun beliau yakin pada suatu hari nanti, masyarakat akan merima cadangannya.

Apabila ditanya, samada isu kerajaan perpaduan akan menjadi perbahasan hangat dalam Muktamar PAS akan datang, beliau berkata, ia terpulang kepada kefahaman ahli-ahli PAS dan ia akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kefahaman ahli tentang kerajaan perpaduan.

“Sekiranya kita tidak faham lebih baik jangan bercakap kerana orang akan nampak kejahilan kita,”katanya

Apakah dengan isu ini Presiden cuba di cabar..?

Sunday, April 12, 2009

Bila artis menyertai PAS...


KOTA BHARU, 11 April: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.
Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.
“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.
“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.
Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.

Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.

Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.

Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah. “Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.