Sunday, December 27, 2009

SEDARLAH WAHAI ORANG UMNO MARAN !!!






KUANTAN, 25 Dis [9.00 am] - Rakyat negeri ini tidak terkejut dengan pendedahan yang telah dibuat oleh mantan Timbalan Menteri Besar Pahang, Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak (foto) perihal ada pemimpin politik negeri yang menggunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk meneroka dan menceroboh ratusan hektar tanah dengan sesuka hati mereka. Dato' Tan, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor dan Exco kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal pertanian dan peneroka Felda itu mendedahkan kegiatan tersebut telah berlaku sejak sekian lama dan semakin serius mutakhir ini. Biarpun beliau tidak menamakan pemimpin UMNO terbabit, namun rakyat setempat sudah boleh meneka siapakah antara mereka yang terlibat. Setakat ini Dato' Tan masih berdiam diri tentang cabaran pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS yang mahu supaya beliau mendedahkan nama-nama tersebut atau berhadapan dengan tindakan laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kenyataan beliau itu. Susulan pendedahan beliau itu juga, maka ramailah pemimpin UMNO Pahang terutamanya yang berkedudukan amat khuatir dan gusar sekarang ini. Mereka kecewa dengan kenyataan melulu Dato' Tan itu, sedangkan mereka juga tahu banyak rahsia pemimpin kanan UMNO Bahagian Maran itu sebenarnya. Inilah yang bakal menyebabkan Dato' Tan bakal tersungkur dan dipingggirkan sebagai calon BN selepas ini, semuanya gara-gara beliau cuba menjadi juara di gelanggang sendiri.

Shahaniza dan Ismail, dikatakan ada hubungan keluarga dengannya
Beliau yang sudah beberapa penggal menjadi ADUN itu dikatakan "lupa daratan" oleh pemimpin UMNO apabila mendedahkan kegiatan ini. Ramai dikalangan mereka menganggap Dato' Tan sengaja cuba "menjolok sarang tebuan" kerana rekod perkhidmatan beliau sendiri sejak menjadi wakil rakyat itu amat meragukan. Malahan, Dato' Tan kini dikatakan sedang sibuk membina "istana mahligai air mata rakyat" di kediamannya dekat Chenor yang dipercayai menelan belanja mencecah jutaan ringgit. Malah, ramai juga tahu Dato' Tan telah membina kekayaan untuk dirinya serta saudara mara beliau sejak menjadi pemimpin UMNO di bahagian Maran. Bagi menutup kelemahannya, beliau memasang kroni di merata tempat termasuk ADUN Kuala Sentul, YB Shahaniza Samsuddin yang dipercayai adalah anak saudaranya sendiri. Malahan, Ahli Parlimen Maran YB Ismail Mutalib juga dikatakan mempunyai hubungan keluarga dengan pemimpin terbabit. Pendek kata, Dato' Tan sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan demi menjaga kepentingan politiknya di bahagian Maran itu sebenarnya. Ramai pemimpin UMNO Pahang melihat, pendedahan Dato' Tan itu seperti sengaja "membuka pekung di dada" beliau sendiri. Malah, tindakan membina istana mahligai di saat rakyat di kawasannya sendiri menderita dan sengsara adalah bukti bahawa beliau tidak mengutamakan rakyat, sebaliknya dirinya sendiri sejak sekian lama.
Inilah kediaman rumah ADUN Chenor itu yang sedang dibangunkan
Ini pula rumah rakyat yang terletak tidak jauh dari kediamannya itu
Selain daripada memperkayakan suku sakat dan kroni-kroninya, Dato' Tan juga cukup dikenali sebagai perompak balak secara berhemah di Pahang. Dengan kedudukan beliau selama ini yang memegang portfolio exco pertanian, maka mudahlah baginya untuk memperdayakan rakyat dengan satu strategi licik yang cukup sukar untuk difahami sebenarnya. Hanya rakyat yang bijak dan tidak dibutakan mata dan hati sahaja boleh menilai segalanya. Atas nama projek pertanian seperti penanaman keledek, roselle, jagung dan ladang rakyat maka beliau begitu mudah untuk mengeluarkan beratus-ratus ekar hutan balak di negeri ini. Malah ada juga industri pertanian dalam bidang penternakan yang turut digunakan untuk tujuan tersebut, misalnya dengan memperkenalkan program lembu pawah dan sebagainya. Kebanyakan projek berkenaan hanya sebagai gimik semata-mata, sebaliknya belum apa-apa lagi ratusan ekar kayu balak telah "dirompak secara berhemah" oleh beliau dan kroni-kroninya. Perkara ini memang telah diketahui oleh sebahagian besar rakyat tambahan pula puak-puak UMNO karat. Namun dek kerana kebijakan Dato' Tan menggunakan "politik wang" setiap kali pilihanraya dan musim pemilihan UMNO maka riwayat politiknya terus selamat hingga ke hari ini. Bagi mereka yang tidak mengenali pemimpin ini dengan rapat, pasti akan menganggap beliau adalah pemimpin yang hebat. Namun, bagi yang sudah mengenali dan mendalami kehidupan beliau maka ternyata Dato' Tan adalah seorang yang boros dan suka bermegah-megah. Lantaran itulah kita tidak hairan beliau sanggup membina mahligai istananya, sebagai persediaan dipenghujung kariernya sebagai wakil rakyat DUN Chenor itu. Beliau mungkin tahu bahawa dirinya kemungkinan besar tidak dicalonkan lagi oleh UMNO dalam pilihanraya umum akan datang. Maka itulah, dibina istana sebagai bukti perjuangan membela rakyat yang dilaung-laungkan selama ini. Anehnya, rakyat miskin yang berdekatan dengan rumahnya sendiri langsung tidak terbela selepas begitu lama menjadi wakil rakyat.
[Atas dasar inilah, Dato' Tan Aminuddin tidak perlu mendabik dada seolah-olah beliau bersih dari segala amalan rasuah dan penyelewengan dalam isu rompakan wang rakyat di negeri ini. Rakyat melihat sendiri apa yang dilakukannya, malah kesombongan dan kerakusan pemimpin ini untuk terus berkuasa menyebabkan beliau hampir menumbuk muka Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob ketika melihat namanya tidak dicalonkan dalam pilihanraya umum ke-11 beberapa tahun yang lalu. Inilah sikap beliau sebenarnya yang langsung tidak diketahui oleh rakyat. Malah, beliau pernah menaja ketua-ketua UMNO di Bahagian Maran untuk menunaikan umrah dan ziarah ke timur tengah menjelang pemilihan UMNO bahagian itu beberapa tahun yang lalu. Semua ini adalah bertujuan untuk memancing undi semata-mata. Oleh itu marilah sama-sama kita menolak Dato' Tan dan semua pemimpin UMNO BN yang telah sekian lama merosakkan dan merompak hasil mahsul serta khazanah negeri ini].

Pendedahan Dato' Tan pasal pemimpin UMNO ceroboh beratus hektar tanah di Pahang. Kami akan mendedahkan satu persatu siapakah antara pemimpin terbabit itu, biar pun namanya tidak disebut oleh wakil rakyat terbabit. Oleh itu kepada anda yang mempunyai fail sulit kes berkenaan sila emailkan kepada kami berserta dengan gambar berkenaan untuk didedahkan kepada rakyat. Pertahankan hak kita dan jangan biarkan mereka sewenangnya merompak khazanah rakyat untuk kepentingan peribadi. Pendedahan pertama akan dilakukan terhadap bekas ADUN Kuala Sentul yang kini merupakan exco wanita UMNO pusat iaitu Dato' Rosni Zahari. Beliau dipercayai menggunakan syarikat kroni untuk mengaburi rakyat dengan merompak beratus ekar tanah di daerah Maran. Tunggu pendedahannya dalam masa terdekat ini. Segala fail berkenaan telah pun diperolehi dan menanti masa untuk didedahkan. Pastikan rakyat tahu segala bukti penyelewengan ini demi kepentingan masa depan.

sumber : Pahangdaily.

Saturday, December 5, 2009

UNIT AMAL DPPK MARAN BERGOTONG ROYANG MEMBERSIHKAN RUMAH YANG DILANDA BANJIR.






6.12.2009 ( Ahad ) Syabas kepada unit Amal DPPM yang diketuai saudara Syed Kamaruzaman Syed Hasani kerana bekerjasama dengan Lajnah Kebajikan Pas Kawasan Maran yang diketuai Saudara Jaafar Mat Tan dan Syikh Abd Halim Syikh Hasan kerana berjaya mengadakan gotong-royong membersihkan rumah-rumah yang dilanda banjir baru-baru ini di Kg Paya Chedong Maran.

Apa yang menariknya kita melihat kejayaan para petugas kita bersama-sama membantu penduduk dengan menyumbang tenaga dan penat lelah walaupun kita Parti Pembangkang yang tidak mempunyai dana yang hebat sebagaimana UMNO.

Majlis kita diserikan lagi oleh kehadiran PUTERI UMNO yang datang memberi beras biskut dan makanan. Inilah UMNO mereka hanya tahu bawa gula-gula kepada rakyat tetapi tidak menyelami kesusahan rakyat. Bak kata salah seorang penduduk disitu "kami bukan mahu makanan kerana rumah kami dah banyak makanan tetapi tenaga yang boleh menolong kami didalam menghadapi banjir terutamanya golongan warga emas dan wanita dan kanak-kanak."